PENGARAH JAWI MENYANTUNI MUALAF METROPOLITAN DI WARUNG MAKAN SAHABAT
15 OKTOBER 2021M | 08 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail telah menyampaikan bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 12 orang saudara-saudara baru di Warung Makan Sahabat dalam program Ziarah Mualaf 2021. Warung Makan Sahabat adalah pusat komuniti untuk rakan jalanan (gelandangan & miskin bandar Kuala Lumpur) kelolaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan rakan – rakan NGO lain yang menyebarkan dakwah kasih sayang kepada masyarakat sekitar dengan memberikan makanan tengahari percuma dan kelas – kelas peningkatan kemahiran termasuklah fardu ain setiap hari kepada komuniti rakan jalanan. Turut hadir bersama di dalam sesi ziarah penyerahan sumbangan mualaf ialah Pn.Siti Razmah Binti Idris, KPPK BPD JAWI dan Pn.Maizura Shamsuddin, Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan. Semoga dengan bantuan ini akan dapat mengeratkan hubungan JAWI dengan NGO dan komuniti mualaf agar komuniti mualaf terus dibantu dan didekati pada masa akan datang. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|