PROGRAM INTERVENSI IBU HAMIL "MASIH ADA YANG SAYANG"
01 November 2021M | 25 Rabiul Awal 1443H (Isnin) - Telah berlangsung Majlis Serahan Sumbangan Tunai dan Barangan Keperluan Khas Rumah Kebajikan di Rumah Perlindungan KITA, Kuala Lumpur. Terdahulu, Program Intervensi Ibu Hamil “Masih Ada Yang Sayang” Tahun 2021 anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), JAWI telah diadakan pada 26 Oktober 2021. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni penghuni rumah perlindungan ini serta berkongsi rezeki bersama mereka. Sumbangan yang disampaikan oleh JAWI kepada Rumah KITA adalah sumbangan tunai yang bernilai RM5000.00, barang keperluan penghuni yang bernilai RM100.00 seorang, barang keperluan khas rumah perlindungan yang bernilai RM2000.00, dan barang keperluan asas daripada JAWI Foodbank.
Serahan cek dan barang keperluan untuk Penghuni Rumah Perlindungan KITA telah disampaikan oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, BPD, JAWI kepada Puan Suraya binti Abdul Razak, Pengurus Rumah Perlindungan KITA mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI.
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|
Jumlah paparan: 1980