DALAM MENGHITUNG KEHADIRAN RAMADAN, ANGGOTA PERUBATAN HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) DISAJIKAN DENGAN ILMU PENGURUSAN IBADAH PESAKIT
06 APRIL 2021M | 23 SYAABAN 1442H (SELASA) - 82 orang anggota perubatan HKL telah menyertai Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI secara atas talian melalui aplikasi google meet.
Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada anggota perubatan untuk mendidik para pesakit tentang cara serta kaedah paling sesuai dalam melaksanakan ibadah bersuci dan solat ketika sakit. Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Shazni bin Abdullah dari Pusat Islam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah diundang bagi menyampaikan ceramah bertajuk “Pengurusan dan Kaedah Bersuci bagi Pesakit”.
Manakala di sebelah petang, Majlis Penyerahan Kit Ibadah Pesakit telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI kepada YBrs. Dr. Haji Kamaruddin bin Haji Alias, Timbalan Pengarah (Perubatan) HKL di Lobi Utama, HKL.
Semoga kerjasama di antara JAWI dan hospital dapat diperkukuhkan dimasa akan datang bagi memastikan masyarakat sentiasa didedahkan dengan ilmu yang up to date.
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
Jumlah paparan: 2911