WARGA JAWI MANTAPKAN ILMU PENYEDIAAN POSTER DAN VIDEO KREATIF HANYA MENGGUNAKAN SMARTPHONE
08 APRIL 2021M | 25 SYAABAN 1442H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Bengkel Kapsul Dakwah pada 7 dan 8 April 2021 secara atas talian yang dihadiri oleh 65 orang warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Tujuan utama penganjuran bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan kepada warga JAWI berkaitan penyediaan poster dan video dakwah kreatif. Bengkel ini dikendali kan oleh Puan Norliati Mohamed Nor dan Tuan Junedi Kamari daripada Junika Service. Semoga semua peserta dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam mempelbagaikan method dakwah selari dengan trend masa kini.
Disediakan Oleh: Unit Media Baharu, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah
Jumlah paparan: 3022