PELANCARAN MYISLAM MUDAHKAN URUSAN PENGISLAMAN DI LUAR JAWI
PELANCARAN MyIslam MUDAHKAN URUSAN PENGISLAMAN DI LUAR JAWI
KUALA LUMPUR, 10 Disember 2020 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan QR Code MyIslam secara maya (Google Meet/ FB Live JAWI dan JAKIM) yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
MyIslam dibangunkan sebagai platform permohonan pengislaman di luar JAWI secara dalam talian khusus bagi memudahkan permohonan pengislaman di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebelum membuat pendaftaran di JAWI. Pengguna hanya perlu mengimbas QR Code MyIslam dan mengisi borang permohonan melalui telefon bimbit masing-masing setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Aplikasi ini juga bertujuan membolehkan JAWI mengetahui pengislaman yang dibuat di luar pejabat walaupun pemohon belum hadir ke JAWI untuk membuat pendaftaran pengislaman. Ini akan mempercepatkan urusan pendaftaran pengislaman kerana pihak JAWI boleh mengakses terus dokumen pengislaman dan memudahkan kawal selia proses pendaftaran pengislaman di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
10 Disember 2020
Jumlah paparan: 2993