05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:40
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

60 PESAKIT DISANTUNI MELALUI PROGRAM ZIARAH DAKWAH SECARA BERKALA SIRI 10 DI HOSPITAL PUSRAWI

Pada 19 November 2020 (Khamis), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala Siri 10 di Hospital Pusrawi. Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit.
Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/ wad bersama pihak JAWI sahaja. Program ziarah kali ini melibatkan 60 pesakit daripada Hospital Pusrawi. Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit di hospital/ pusat perubatan mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit di hospital/ pusat perubatan dan juga waris.
Rombongan ziarah daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Tuan Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI mewakili YBrs. Pengarah JAWI. Manakala, wakil dari Hospital Pusrawi pula diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Husni bin Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pusrawi.
Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar