EMPAT BUAH KELUARGA MUALAF YANG TERKESAN AKIBAT COVID19 DISANTUNI MENERUSI PROGRAM ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU 2020
17 Nov 2020M | Selasa - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru 2020 bagi menyantuni keluarga mualaf yang memerlukan bantuan keperluan harian dan sokongan kewangan berikutan terkesan dengan Pandemic Covid 19. Berdasarkan aduan yang diterima, Cawangan ini yang terdiri daripada Ustazah Nor Aishah Binti Ahmad dan Ustazah Hazirah binti Hedzer menziarahi empat buah keluarga mualaf pada hari ini.
Cawangan Kebajikan Saudara Baru membawa sumbangan barangan keperluan harian berupa beras, minyak, tepung, bihun, biskut, susu pekat, sardin, milo dan maggi untuk diserahkan kepada keluarga mualaf tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban yang dipikul.
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jumlah paparan: 2410