05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM MADRASAH ULAMA : PENGAJIAN DALAM TALIAN

PROGRAM MADRASAH ULAMA : PENGAJIAN DALAM TALIAN
25 Oktober 2020 | 8 Rabiul Awal 1442H (Ahad) – Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Unit NGO, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) telah mengadakan Program Madrasah Ulama : Pengajian Dalam Talian selama 3 hari bermula 23 Oktober (Jumaat) sehingga 25 Oktober 2020 (Ahad).
Ia bersiaran secara langsung melalui aplikasi Google Meet di http://bit.ly/MadrasahUlama dan di Facebook Jabatan. Perasmian Madrasah Ulama ini telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Luqman bin Abdullah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP). Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI mewakili Pengarah JAWI dan YBhg. Datuk Hj Mohamad bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUMWP), yang juga mantan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan.
Madrasah Ulama ini ialah suatu medium tarbiah dan pendidikan kepada masyarakat awam. Madrasah Ulama ialah program keilmuan berbentuk tarbiah dan dakwah kepada masyarakat. Ia menekankan aspek kerohanian dan pembudayaan ilmu. Selain itu, masyarakat akan didedahkan untuk memahami asas-asas ilmu berdasarkan sumber yang mantap, kitab dan ulama’ yang muktabar.
Seramai 150 peserta Madrasah Ulama yang mengikuti program ini termasuk peserta-peserta di facebook. Pengajian ilmu secara bertalaqqi dan berkitab ini telah dibimbing oleh Ustaz Ahmad Faiz bin Mohd Khalil, AJK PUMWP, merangkap Pengarah Akademi Pemikiran Turath bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari selama 3 hari berturut-turut.
Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Faiz Bin Khalil, dari Unit NGO, JAWI dan dikendalikan oleh selebriti rancangan realiti TV, iaitu Dai’e Danial sebagai pengacara majlis.
Turut mengikuti program ini ialah YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, YBrs. Che Khalek bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dan YBrs. Nik Muhd Marzuki bin Muhd Nor, Penolong Pengarah Kanan, Unit NGO, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah.
Diharap program seumpama ini dapat menggalakkan penyertaan masyarakat terhadap pengukuhan budaya ilmu serta menyemarakkan tradisi keilmuwan dan ulama’ melalui fungsi dan peranan institusi Islam dan ulama’
Disediakan oleh:
Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel