05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM JALINAN KASIH DAN KHIDMAT BAKTI JAWI BERSAMA RUMAH TITIAN KASEH

PROGRAM JALINAN KASIH DAN KHIDMAT BAKTI JAWI BERSAMA RUMAH TITIAN KASEH

22 OKTOBER 2020 (Khamis) -Bertempat di Rumah Titian Kaseh, Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Unit Kebajikan Islam telah berjaya melaksanakan Program Jalinan Kasih dan Khidmat Bakti JAWI bersama Rumah Titian Kaseh.

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni Penghuni Rumah Titian Kaseh di samping menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barang keperluan persekolahan anak-anak yatim dan rumah kebajikan yang bernilai RM12,000.00. Serahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA) diiringi YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI kepada Puan Sharifah binti Adlan selaku Pengasas, Rumah Titian Kaseh.

Selain itu juga, JAWI Food Bank turut menyumbang makanan dan keperluan asas antaranya beras, tepung, gula, biskut dan juga lampin pakai buang bernilai hampir RM3000.00.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh pihak pengurusan Rumah Titian Kaseh.

     

Cetak   Emel