05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WEBINAR ISU UMAT ISLAM GLOBAL: PERANAN INSTITUSI ISLAM DAN ULAMA TAHUN 2020

WEBINAR ISU UMAT ISLAM GLOBAL: PERANAN INSTITUSI ISLAM DAN ULAMA TAHUN 2020

22 Oktober 2020 | 5 Rabiul Awal 1442H (KHAMIS) – Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Unit NGO, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan program berbentuk webinar, iaitu Webinar Isu Umat Islam Global : Peranan Institusi Islam dan Ulama. Webinar berlangsung pada 22 Oktober 2020 (Khamis), bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Ia bersiaran secara langsung melalui aplikasi Zoom di http://bit.ly/WebinarIsuUmatIslamGlobal, dan di Facebook Jabatan.

Perasmian Webinar ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary yang sekaligus melancarkan program Madrasah Ulama, iaitu sebuah program keilmuan berbentuk tarbiyah dan dakwah kepada masyarakat secara dalam talian khusus dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Seramai 300 peserta webinar yang berdaftar, tidak termasuk peserta-peserta di facebook telah mengikuti dua sesi forum. Forum I bertajuk “Kesatuan Ummah Mendepani Cabaran Semasa Global”. Forum II mengupas tajuk “Peranan Institusi Islam dan Ulama’ Mendepani Isu Global”. Kedua-dua sesi ini telah menerima banyak soalan daripada warganet. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Faiz Bin Khalil, dari Unit NGO, JAWI.

Ahli Panel terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka, termasuklah: (i) SS Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan; (ii) YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); (iii) YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), merangkap Prosefor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Turut bersama berkongsi idea mantap ialah: (iv) YBrs. Tuan Haji Mohd Azmi bin Abd Hamid, selaku Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Malaysia; (v) YBhg. Prof. Dato’ Mohamad bin Abu Bakar yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza); dan (vi) YBrs. Prof. Dr. Kamarulzaman bin Yusuf, iaitu Profesor di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Forum ini telah dikendalikan dengan baik oleh YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan (MWP); dan YBrs. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Md Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Pusat, merangkap Ketua Jabatan Sejarah Dan Tamadun, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Webinar ini dipengerusikan oleh YBrs. Nik Muhd Marzuki Muhd Nor, Penolong Pengarah Kanan Unit NGO, selaku penyelaras program.

Penyertaan webinar tersebut dibuka kepada masyarakat awam melalui pautan pendaftaran http://bit.ly/PendaftaranWebinarIsuUmatIslamGlobal dan QR Code di mana peserta juga boleh mengajukan soalan awal sebaik melakukan pendaftaran dalam talian. Sebanyak 14 soalan awal diterima. Webinar ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi JAWI, dan mendapat liputan berita awal oleh Al-Hijrah Online.

Turut mengikuti Webinar ialah YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBhg. Datuk Hj Mohamad bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia (P.U.M.) Cawangan Wilayah Persekutuan, yang juga mantan Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, YBrs. Tuan Haji Mohd Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, dan YBrs. Che Khalek bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam.

Semua pihak yang terlibat amat berpuas hati dengan penganjuran webinar yang pertama seumpamanya di JAWI dan berjaya diatur dengan cukup cemerlang. Atas kejayaan webinar ini juga, Pengarah JAWI memutuskan program ini dan yang seumpamanya ini perlu diteruskan pada masa hadapan. Menyambut keputusan ini, Unit NGO mengorak langkah susulan untuk menganjurkan Madrasah Ulama secara online dengan memantapkan lagi kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.

      

Disediakan oleh:

Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam

Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel