05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT KEPADA PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 2/2020

1a9

23 September 2020 - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah menganjurkan program Kelas Tafaqquh Munakahat Kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Siri 2/2020 bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur.

Ceramah bertajuk Perwalian dan Nasab: Kendalian Kes-Kes Berkaitan di Mahkamah Syariah telah disampaikan oleh Tuan Mohd Saifullah bin Hamzah, Peguam Syarie Persekutuan, Jabatan Peguam Negara. Antara pengisian program ini juga adalah soal jawab berkaitan isu-isu nikah, cerai dan ruju’ bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, Tuan Rozimi bin Zamri dan sesi ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah, Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini telah disertai oleh lebih 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan termasuk daripada Putrajaya dan Labuan serta pegawai BPPK JAWI selaku urus setia.

1a3 1a3
1a3 1a3
1a6 1a6
1a8 1a8

Disediakan oleh: Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI

Foto oleh: BPPK JAWI

Teks oleh: BPPK JAWI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel