05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:40
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI ANJUR KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEHATI SEJIWA TAHUN 2020

1a9

18 September 2020 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Praperkahwinan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga buat julung kalinya telah berjaya melaksanakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Tahun 2020 selama 3 hari 2 malam bermula dari 18 hingga 20 September 2020 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang disertai oleh 15 orang pasangan berlatarbelakangkan tempoh perkahwinan dari 5 hingga 10 tahun.

Objektif kursus ini adalah untuk membantu memberi kesedaran dan motivasi tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Pengisian kursus ini juga mengandungi pendedahan berkaitan teknik dan kemahiran suami isteri dalam menguruskan soal-soal kehidupan berumah tangga dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan dan memantapkan institusi keluarga ke arah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan negara.

Kursus yang dilaksanakan ini berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia, agensi-agensi kerajaan seperti Bahagian Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), perunding psikologi, perunding kewangan serta pensyarah-pensyarah universiti. 

Terdapat 4 submodul (Fasa) perlu diikuti oleh peserta mengikut usia perkahwinan:

i) Bulan Madu (0 - 5 Tahun)

ii) Sehati Sejiwa (6 - 10 Tahun)

iii) Semarak Kasih (11 - 20 Tahun)

iv) Syurga Cinta (21 Tahun ke atas)

Kursus dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang dihadiri bersama YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, Ustaz Che Alias bin Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan Ketua-Ketua Bahagian di JAWI.

Diakhiri dengan ucapan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, “Program seperti itu sangat penting untuk dilaksanakan di negara ini kerana dunia kini sedang menggredkan negara-negara yang bahagia dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal itu.”

“Kita harap Malaysia akan jadi salah satunya. Kita juga harap dapat mengurangkan isu-isu seperti perceraian, keruntuhan rumah tangga serta perasaan tidak selesa, termasuk anak-anak yang terbeban dengan pertelingkahan keluarga dan ibu bapa yang kita dapat atasi,” ujarnya.

1a1 1a2
1a3 1a4
1a6 1a5
1a8 1a10

Disediakan oleh: Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI

Foto oleh: BPPK JAWI

Teks oleh: BPPK JAWI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar