KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI MASJID AL NAJIHIN
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI MASJID AL NAJIHIN
Alhamdulillah. Selamat berlangsungnya Kursus Pengurusan Jenazah khusus kepada para pengurus-pengurus jenazah dan orang awam anjuran Madrasah Ar Raudhah yang telah diadakan di Masjid Al Najihin Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Sesi praktikal kursus ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, Unit Kebajikan Islam JAWI.
Para peserta didedahkan dengan teknik pengurusan jenazah yang sebenar. Matlamat program adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan tentang kematian adalah perkara yang pasti.
Para peserta juga mempelajari kaedah memandikan jenazah, mengkafan jenazah dan solat jenazah.
Semoga bermanfaat bagi semua peserta.
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِنْ مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. [Al Anbiya:34-35].
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan Islam
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jumlah paparan: 6234