05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI LATIH KAEDAH BERSUCI BAGI PESAKIT KEPADA ANGGOTA PERUBATAN PPUM

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT SIRI 2 ANJURAN (JAWI) DENGAN KERJASAMA
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)
14 SEPT 2020M | 26 MUHARRAM 1442H (Isnin) - Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Siri 2 pada 14 September 2020 (Isnin) bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Penyertaan kursus seramai 60 orang yang terdiri daripada anggota perubatan PPUM. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi kefahaman serta kemahiran kepada anggota perubatan untuk mendidik para pesakit tentang kaedah paling sesuai dalam melaksanakan ibadah ketika sakit. Seorang penceramah jemputan, Ustaz Mohd Sanusi bin Mustafa dari Pusat Islam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM-UKM) telah diundang bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk “Pengurusan dan Kaedah Bersuci bagi Pesakit”. Delegasi daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Puan Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI mewakili YBrs. Pengarah JAWI.

        


Cetak   Emel