05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SAUDARA BARU TERIMA SUMBANGAN RINGANKAN BEBAN

ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU SIRI 4/2020
11 SEPT 2020M | 23 MUHARRAM 1442H (JUMAAT) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru Siri 4 Tahun 2020 bagi menyantuni muallaf yang sakit dan memerlukan sokongan bantuan kewangan berdasarkan aduan yang diterima.
Cawangan ini yang terdiri daripada Ustazah Noor Azlina binti Mohd Azim bersama- sama tenaga pengajar Kelas Pengajian Saudara Baru Kompleks Darul Hidayah (KDH) menziarahi bekas pelajar KDH bagi memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat agar beliau tabah menghadapi ujian yg dihadapi.
Hasil sesi ziarah mendapati, muallaf tersebut menghidapi Kanser Payudara Tahap 4 dan kini masih lagi menerima rawatan secara berkala di Hospital Kuala Lumpur.
Cawangan Kebajikan Saudara Baru turut menyampaikan sumbangan makanan daripada JAWI Food Bank untuk diserahkan kepada keluarga muallaf tersebut.
    
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB
Cawangan Pengurusan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel