05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

75 ORANG HADIR UJIAN TASMIK MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

MAJLIS UJIAN TASMIK MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

03 SEPTEMBER 2020M |15 MUHARRAM 1442H (KHAMIS) -Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Ujian Tasmik Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada 1-3 September 2020 bertempat di Bilik Kuliah 1&2 Masjid Negara Kuala Lumpur.
 
Majlis tersebut melibatkan seramai 75 orang peserta dari sekitar Wilayah Persekutuan yang akan dipilih bagi menyertai Majlis Saringan Menghafaz al-Quran pada 2 dan 3 September 2020. Majlis ini telah melibatkan peserta bagi kategori 1-10 juzuk sahaja.Majlis Ujian Tasmik ini diadakan bagi memilih 30 orang peserta yang berkelayakan bagi menyertai Majlis Saringan Menghafaz al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada 3 September 2020.
 
  
 
Majlis ini dihakimi oleh 4 orang hakim yang berpengalaman luas dalam bidang hafazan al-Quran iaitu Us. Othman bin Muda(Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan), Us. Abdul Karim bin Zakaria(Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan), Us. Muhammad Zaki bin Ab.Rahman (Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan) dan Us. Mujahid bin Salleh Sani(Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan). Majlis telah berakhir pada jam 3.00 petang.

 

Disediakan Oleh:
Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel