05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT

KURSUS PENGURUSAN IBADAH PESAKIT

ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) DENGAN KERJASAMA HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HATTM)

27 OGOS 2020M | 08 MUHARRAM 1442H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit Siri 2 pada 27 Ogos 2020 (Khamis) bertempat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM). Penyertaan kursus seramai 65 orang yang terdiri daripada anggota perubatan HATTM. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi kefahaman serta kemahiran kepada anggota perubatan untuk mendidik para pesakit tentang kaedah paling sesuai dalam melaksanakan ibadah ketika sakit. Seorang penceramah jemputan, En. Mohd Nazar bin Ibrahim dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI telah diundang bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk “Pengurusan dan Kaedah Bersuci bagi Pesakit”.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI mewakili YBrs. Pengarah JAWI diiringi YBhg. Kolonel Salenin bin Haji Salleh, Ketua Bahagian Pengurusan, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM).

    

Disediakan oleh:
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel