05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) SEMPENA MAAL HIJRAH KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) SEMPENA MAAL HIJRAH KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) 

25 OGOS 2020M | 06 MUHARRAM 1442H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran bersama Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Bahagian Pengurusan Masjid telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH Sempena Maal Hijrah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/wad bersama pihak JAWI sahaja.
 
  
 
Program ziarah RAMAH kali ini melibatkan 56 pesakit daripada Wad Antenatal dan Postnatal PPUM. Tujuan utama pelaksanaan program adalah menyantuni pesakit dan berkongsi rezeki serta menyemarakkan kecintaan dan penghayatan kepada agama Islam bersempena Maal Hijrah yang juga berkait rapat dengan pengertian penghijrahan seseorang Muslim kearah yang lebih baik serta terus sabar menghadapi ujian. Simbolik serahan sumbangan barangan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI). Manakala, simbolik pemberian sumbangan tunai untuk pesakit disampaikan oleh YBrs. Encik Wan Nawawi bin Hassan, wakil dari Masjid Al-Ikhlasiah daripada zon 6 mewakili YBrs. Pengarah JAWI.
 
 
   
Disediakan oleh:
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel