05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

RIYADUL ‘ILMI: SIRI 1: SANTUNI KOMUNITI MASYARAKAT SEJAHTERA TAHUN 2020

 

RIYADUL ‘ILMI: SIRI 1: SANTUNI KOMUNITI MASYARAKAT SEJAHTERA TAHUN 2020

23 OGOS 2020 / 4 MUHARAM 1442H (AHAD)“Realisasikan Perkhidmatan Terus kepada Golongan Sasar”. Itu saranan yang ditekankan YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama) sewaktu merasmikan Majlis Penutup Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera Tahun 2020 di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur semalam.

Program anjuran bersama rakan strategik antara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Penyelaras Zon Masjid-masjid Zon 5 dan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama 2 hari pada 22 dan 23 Ogos 2020 ini dimulakan dengan pengisian Slot 1 bertajuk Bual Cinta Anak Muda oleh Puan Rosmawati binti Zainal;CEO Raudhatul Sakinah. Para peserta pula terdiri daripada remaja dan belia sekitar kariah Masjid Al-Muqarrabin dan dari JKM Sungai Besi.

Majlis diteruskan dalam   Slot ke 2 dengan tajuk: Wanita Anggun Bidadari Syurga oleh  Matron Fadzilah binti Abdul Hamid; Pengurus Rumah Solehah. Manakala untuk slot ke 3 Kuliah Maghrib bertajuk “Penerangan, Pencegahan dan Kesedaran Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan” yang disampaikan oleh Ustaz Nursyamsul bin Abd Roni dari Masjid Negara.

Selanjutnya pada ke hari ke-2, program  dimulakan dengan Slot ke 4 Kuliah Subuh dengan tajuk “Isu-isu Semasa Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di Wilayah Persekutuan” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Abd. Nasir bin Abdullah, dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI.

Akhirnya Slot ke 5 bagi Kuliah Dhuha, ceramah disampaikan oleh Ustaz Hazman bin Hashim; dari INTAN yang bertajuk “Bagai Muhajirin dan Ansar”.

Majlis Perasmian Penutup telah dilaksanakan dengan sederhana namun mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mengawal penularan pandemik Covid-19 di Dewan Serbaguna Masjid Al-Muqarrabin dengan kehadiran tetamu jemputan, YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama),  YBhg. Datuk Haji Aziz bin Jusoh; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan YBrs. Tuan Haji Aziz bin Mohamad; Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM.

Dalam Majlis  Perasmian Penutup YB Timbalan Menteri di JPM turut melancarkan Sukarelawan Masjid Al-Muqarrabin seramai 20 orang dengan menyarungkan vest kepada 2 orang sukarelawan masjid sebagai gimik pelancaran. Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dari Tabung Musaaadah Covid-19, JAKIM dan bantuan barangan keperluan asas dapur dari FoodBank JAWI kepada 30 orang penerima (muslim dan non muslim).

Bahagian-bahagian di JAWI yang terlibat dalam program ini adalah dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Masjid serta Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga.

  

   

 

 


Cetak   Emel