05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

RAKAMAN RANCANGAN PERSADA JURNAL RTM TV1

 
RAKAMAN RANCANGAN PERSADA JURNAL RTM TV1
 
18 OGOS 2020M | 28 DZULHIJJAH 1441H (SELASA) - Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Ustaz Che Khalek bin Abdullah pada hari ini telah melaksanakan pengurusan jenazah tidak dituntut daripada Hospital Kuala Lumpur. 
 
Pengurusan jenazah tersebut telah dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-KARAK Taman Selasih. Pengurusan jenazah kali ini turut disertai kru rakaman rancangan Persada Jurnal RTM TV1 yang bersama-sama melakukan penggambaran proses pengurusan jenazah.
 
Objektif utama rakaman rancangan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tugas kakitangan JAWI dan cabaran yang dihadapi dalam menguruskan jenazah yang tidak dituntut khususnya di Wilayah Persekutuan.
 
Semoga rakaman rancangan ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi berguna kepada masyarakat apabila ditayangkan nanti.
 
   
 
Disediakan oleh:
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel