05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS KEFAHAMAN ISLAM TAHUN 2020: KLINIK PENYELESAIAN HARTA PUSAKA & DIALOG INTERAKTIF BERSAMA PENGARAH JAWI

KELAS KEFAHAMAN ISLAM TAHUN 2020: KLINIK PENYELESAIAN HARTA PUSAKA & DIALOG INTERAKTIF BERSAMA PENGARAH JAWI

 

12 OGOS 2020 | 22 DZULHIJJAH1441H (RABU)– Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam dengan kerjasama Masjid Ar-Rahah telah berjaya menganjurkan Kelas Kefahaman Islam Tahun 2020: Klinik Penyelesaian Harta Pusaka & Dialog Interaktif Bersama Pengarah JAWI”dengan pematuhan penuh SOP di Dewan Serbaguna Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Program ini menampilkan YBrs. Encik Nazli bin Zainal, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian WP Kuala Lumpur dan Labuan, yang juga merupakan hakim yang bertugas dalam perbicaraan harta pusaka. Ceramah klinik penyelesaian harta pusaka ini menerima sambutan hangat daripada peserta yang sentiasa mengajukan soalan untuk mendapatkan kefahaman daripada penceramah undangan sejak dari awal sehingga ke akhir sesi.

Ia dihadiri oleh 30 orang peserta yang membuat pendaftaran melalui QR Code. Mereka mewakili beberapa pertubuhan dan entiti, termasuk Malaysian Relief Agency (MRA), Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Kompleks Darul Hidayah, Persatuan Pengasih Malaysia, Hidayah Centre Foundation, IKRAM KL, Sukarelawan Dakwah Islam (SUDI), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dan Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (Al-Hidayah).

Program dirasmikan oleh YBrs. Encik Che Khalek bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, sebagai mewakili YBhg. Pengarah JAWI. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada semua peserta. Turut hadir ialah YBrs. Encik Nik Muhd Marzuki Haji Muhd Nur, Penolong Pengarah Kanan, Unit NGO, dan YBrs. Encik Norhafizi bin Ab. Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Unit Agensi dan Unit PPR.

Sebagai langkah susulan Dialog Interaktif, JAWI akan mempertimbangkan cadangan-cadangan dialog dan mengadakan konsultasi bagi menyelaras gerak kerja dakwah di Unit NGO, Bahagian Pengurusan Dakwah.

  

  

Disediakan oleh

Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam

Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel