05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

RAMAH MESRA NGO BERSAMA PENGARAH JAWI & DAURAH ISLAM, AHLUSSINAH DAN ISU SEMASA

1

RAMAH MESRA NGO BERSAMA PENGARAH JAWI & DAURAH ISLAM, AHLUSSINAH DAN ISU SEMASA

05 OGOS 2020M, 15 ZULHIJJAH 1441H (RABU) - Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI buat pertama kalinya melalui Unit NGO, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam menggunakan QR Code untuk pendaftaran dan penilaian program serta sekaligus mula membangunkan QR Code Direktori NGO. Ramah Mesra NGO Bersama Pengarah JAW & Daurah Islam, Ahlussunah dan Isu Semasa ini bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan pematuhan penuh SOP. Ia bagi mempertingkatkan kerjasama strategik bersama NGO di Wilayah Persekutuan dan menyampaikan sumbangan penghargaan kepada NGO atas aktiviti dakwah dan tarbiah yang dijalankan.

Program ini menampilkan: (i) YBrs. Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, Panel Penyelidik Fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
(ii) YBrs. Dr. Umi Adzlin Silim, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur; dan (iii) YBrs. Encik Mohamad Raffie Jaafar, Mak Nyah Hijrah, Exco Pertubuhan PERSIS (dahulunya PAFI).

Program ini dihadiri seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada 25 NGO, termasuklah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yayasan Ihtimam Malaysia, Yayasan Patriot Negara, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Persatuan Ulama’ Malaysia (Wilayah Persekutuan), Perkim Annidaa' Putrajaya, Yayasan Amal Malaysia, Malaysia, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs Malaysia (ACCIN), Gabungan Dakwah Malaysia, Global Unity Network, Hidayah Centre Foundation, Hijrah Republique Network, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), PPIM, Pertubuhan Nisa' Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muktamar Dakwah Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Pusat Dakwah Serantau (PDS), Rumah Solehah, Usrah Iqrak dan lain-lain.

Program dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Munir bin Haji Md Salleh, Timbalan Pengarah (Operasi) sebagai mewakili Pengarah JAWI. Turut hadir ialah YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan YBrs. Encik Nik Muhd Marzuki Haji Muhd Nur, Penolong Pengarah Kanan, Unit NGO, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam BPD JAWI.

Sebagai langkah susulan meningkatkan kerjasama strategik, JAWI berusaha mengemas kini dan membangunkan Direktori NGO serta Konsultasi Bersama NGO pada masa hadapan.

2  3

4  5

6  7

DIsediakan oleh: 

Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel