05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALLAF DALAMI FARDHU AIN ASAS

 
KURSUS INTENSIF FARDHU AIN (KIFA) SAUDARA BARU 
PERINGKAT ASAS SIRI 2 TAHUN 2020
 
05 JULAI 2020M | 15 ZULKAEDAH 1441H (AHAD) -Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Saudara Baru Peringkat Asas Siri 2 Tahun 2020 selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Julai 2020 bertempat di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur. Kursus ini dihadiri seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada saudara baru yang baharu memeluk Islam.
 
Objektif KIFA pada kali ini bertujuan untuk meyampaikan perkongsian mengenai Indahnya Islam dan Cabaran sebagai Saudara Baru yang disampaikan oleh Us. Muhammad Jais Mariapan, Pendakwah Bebas Saudara Baru.
 
Di samping itu, fokus KIFA juga untuk membimbing saudara baru agar mampu menguasai cara berwudhu’ dan amali solat dalam tempoh yang singkat dengan bimbingan Fasilitator dari kalangan Tenaga Pengajar Kompleks Darul Hidayah sendiri. Hampir keseluruhan peserta dapat menguasai cara berwudhu' dan amali solat dengan baik. 
 
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Puan Maizura Binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru Bahagian Pengurusan Dakwah.
 
 
 
  
 
ANJURAN:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel