05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SANTUNI ASNAF PELBAGAI KAUM MELALUI PROGRAM ZIARAH DAN DAKWAH SILATURRAHIM SIRI 2/2020

 
ZIARAH DAN DAKWAH SILATURRAHIM SIRI 2/2020
 
09 MEI 2020M | 16 RAMADHAN 1441H (SABTU) - Dengan keterbatasan pergerakan dalam tempoh PKP ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus menyantuni penerima asnaf yang terdiri drpd pelbagai kaum, agama dan bangsa yang mana sangat terkesan dengan pandemik Covid19. 
 
Pada 9 Mei 2020, satu majlis serba ringkas dalam Program Ziarah Dakwah Komuniti dan Silaturrahim bersama Penduduk Setempat telah dilaksanakan dengan kerjasama di antara Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dan Persatuan Penduduk Apartment Desa Tasik Fasa 6B, Sungai Besi, Kuala Lumpur  yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail; Pengarah JAWI.
 
Program ini merupakan salah satu usaha dakwah untuk mendekati masyarakat secara berhikmah dan bijaksana sesuai dengan situasi yang terhad dalam tempoh PKP serta membantu mengurangkan masalah sosial yang mungkin timbul akibat desakan yang menghimpit hidup dan hilang mata pencarian sewaktu wabak ini melanda.
 
Turut hadir sama adalah Tuan SI Mohd Radzi bin Wazir; Timbalan Ketua Polis Balai, dari Balai Polis Sungai Besi dan Tuan Haji Zakaria; Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Sungai Besi.
 
Sekalung penghargaan kepada semua Jawatankuasa Persatuan Penduduk Apartment Desa Tasik Fasa 6B, Kawasan Rukun Tetangga Fasa 6, Surau At-Taqwa dan Badan Pengurusan Bersama Apartment Desa Tasik, Fasa 6B, Sungai Besi, Kuala Lumpur dalam menjayakan program ini.
 

    

 
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
 
 

Cetak   Emel