05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT TAMAN WILAYAH

taman wilayah 1 

PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT TAMAN WILAYAH

29 FEBRUARI 2020M | 05 REJAB 1441H (SABTU) - Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI melalui Cawangan Tasawwur Islam telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah dan Silaturrahim Penduduk Setempat Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur. Program ini melibatkan kerjasama dengan Persatuan Penduduk Blok 23, Taman Wilayah, Selayang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 5, Parlimen Batu, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Persatuan-Persatuan Penduduk sekitar Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur.

   taman wilayah 6   taman wilayah 3

Program yang berlangsung selama setengah hari ini dimulai dengan Bual Bicara oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail dari Universiti Malaya dengan tajuk : Acuan Islam dalam Membentuk Akhlak Anak-anak dan di sambung pula dengan Bual Bicara oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh dari Universiti Sains Islam Malaysia dengan tajuk: Mampukah Ibubapa Melahirkan Anak-anak yang Cintakan Islam?

taman wilayah 2

“Didiklah anakmu sesuai dengan peredaran zamannya tanpa dilupakan dalam menerapkan suruhan Allah SWT”

Itulah antara kata-kata hikmah yang dipetik daripada intisari ucapan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sewaktu merasmikan Program Ziarah Dakwah dan Silaturrahim Penduduk Setempat Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur. Beliau turut mengingatkan agar setiap institusi keluarga memainkan peranan masing-masing dalam membentuk keluarga sakinah sebagai penentu generasi akan datang.

Turut hadir sama adalah YBrs. En Yaakob bin Hamid, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5, Parlimen Batu, YBrs. Sub Inspektor Nor Azmi Amin bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Polis Balai Polis Jinjang, YBrs. Puan Siti Razmah Idris Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, YBrs. Tuan Haji Ab. Wahab bin Hj Abdullah Pengerusi Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah, Selayang dan YBrs. En. Nor Aslan bin Abd Rahman Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 23, Taman Wilayah, Selayang selaku tuan rumah bagi program ini.

taman wilayah 4  taman wilayah 5

taman wilayah 7  taman wilayah 8

index 3  index 4

 ANJURAN :

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH, JAWI


Cetak   Emel