05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TAKLIMAT PERKHIDMATAN DAN PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN FASILITATOR PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK) BAGI TAHUN 2020-2021

 

26 Februari 2020 (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Pembangunan Keluarga Islam (PKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Majlis Taklimat Perkhidmatan dan Penyerahan Surat Pelantikan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) bagi tahun 2020-2021 bertempat di Dewan Jejantas Kompleks Pusat Islam,

Seramai 42 orang fasilitator telah dilantik bagi tahun 2020-2021 ini. Dengan pelantikan ini, semua fasilitator dapat memberi komitmen dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Operasi PKKSK telah dibuka di beberapa buah premis seperti UTC Pudu Sentral, UTC Mini Keramat, Masjid Usamah bin Zaid wangsa Maju, Surau Al-Iman Presint 9 dan Surau Al-Furqan Presint 11. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat nasihat kekeluargaan, pegesahan salinan sijil nikah bagi pasangan suami isteri yang ingin menunaikan haji dan umrah dan prosedur Benar Nikah Online melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Sesi taklimat dan pembentangan Garis Panduan Pengurusan Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras iaitu Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar. Antara penekanan yang telah diberikan oleh beliau berkaitan pelantikan, tempoh lantikan, tugas dan tanggungjawab fasilitator, etika dan penampilan, pembayaran elaun fasilitator, kadar elaun dan penamatan lantikan.

Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ustazah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK. Majlis juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Munir bin Haji Md Salleh, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan diakhiri dengan amanat dan penyerahan surat pelantikan fasilitator PKKSK yang disampaikan oleh Tn. Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah kepada usaha kita untuk memartabatkan perkhidmatan agama di Wilayah Persekutuan khususnya perkhidmatan fasilitator PKKSK yang berdaya saing dan lebih cemerlang lagi berwibawa.

Disediakan Oleh :

Unit Pembangunan Keluarga Islam

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel