05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS APRESIASI DAN PENYAMPAIAN SIJIL STANDARD PENARAFAN PUSAT-PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

04 Februari 2020M / 10 Jamadilakhir 1440H (Selasa) – JAWI buat julung kalinya telah berjaya melaksanakan Program Penarafan Pusat-pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang merupakan salah satu KPI Jabatan. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan standard kualiti pengurusan pusat-pusat kursus praperkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan ke tahap optimum selaras dengan hasrat JAWI untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat keseluruhannya.

Dalam program tersebut, sebanyak 24 pusat kursus di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah terlibat dalam penilaian penarafan untuk Gred A, B dan C (1-5 Bintang) berpandukan Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan JAWI. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 pusat kursus telah berjaya mendapat Gred A Cemerlang iaitu 4 dan 5 bintang.

Pada 04 Februari 2020 (Selasa) bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Standard Penarafan bagi memberi penghargaan dan mengiktiraf penglibatan pusat-pusat kursus berkenaan dalam penilaian penarafan. Penilaian untuk penarafan adalah berdasarkan kepada empat (4) komponen utama iaitu :

  1. Kemudahan Dan Fasiliti;
  2. Pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam versi terkini dan Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam;
  3. Penggunaan Aplikasi SPPIM
  4. Pengurusan Fail dan Rekod Pusat Kursus.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP. Dalam ucapannya, Pengarah JAWI berharap agar pengurus-pengurus pusat-pusat kursus sentiasa komited dan berusaha meningkatkan prestasi pusat kusus masing-masing dalam melaksanakan kursus praperkahwinan Islam kepada masyarakat awam supaya dapat menjadi benchmark kepada pusat-pusat kursus atau negeri-negeri lain.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Munir bin Haji Md Salleh, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan BAhagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

Disediakan Oleh :
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
 

Cetak   Emel