05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI DALAMI ILMU PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO

 
 
JAWI DALAMI ILMU PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO
 
29 JANUARI 2020M | 04 JAMADIL AKHIR 1441H (RABU) –Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Jenazah Berisiko Tinggi kepada Pasukan Pengurus Jenazah JAWI.Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin Lajis, Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Forensik HKL.
 
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan mengurus jenazah berisiko tinggi serta langkah-langkah penjagaan dan keselamatan pengurus jenazah.
 
Pasukan Pengurusan Jenazah JAWI diketuai oleh Ustazah Sharidah Bt Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Tasawwur Islam dan disertai oleh semua pegawai dan kakitangan Unit Kebajikan Islam termasuk 2 pemandu van jenazah iaitu En. Nor Azmin bin Mohammad dan Hj Abdul Jalil bin Abdul Samad.
 
Semoga ilmu yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh para pengurus jenazah JAWI seterusnya memantapkan lagi perkhidmatan pengurusan jenazah yang diberikan oleh JAWI. Insya Allah.
 

   

  

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
 

Cetak   Emel