05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

EMPAT BERADIK UNGGULI MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1441H/2020M

82915480 2857805344278292 7082768209203429376 o

Empat Beradik Ungguli  Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan

Tahun 1441H/2020M

23 Januari 2020 | 27 Jamadil Awal 1441H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1441H/2020M pada 21 – 23 Januari 2020 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan kali ini telah diungguli oleh Qari Hj. Muadzeen Bin Ackil dan Qariah Lailasari Binti Sabran sekaligus melayakkan kedua-duanya mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 13-22 Februari 2020.

Acara Menghafaz Al-Quran terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu juzuk 1-10, juzuk 1-20 dan juzuk 1-30. Menariknya pada kali ini apabila empat beradik berusia 16 hingga 25 tahun masing-masing meraih kemenangan bagi kategori 1 hingga 20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk.

Norhafizah Mohd Shafie, anak ketujuh daripada 13 beradik dinobatkan sebagai Johan Kategori Hafizah sementara adiknya Ahmad Syahid Mohd Shafie mendapat Tempat Ketiga Kategori Hafiz, masing-masing bagi Kategori 1 hingga 30 juzuk. Sementara itu dua lagi adiknya, Muhammad Hafiz Mohd Shafie dan Radhiah Mohd Shafie, mendapat Tempat Ketiga bagi Kategori 1 hingga 20 juzuk.

Acara perasmian penutup Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1441H/2020M telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.Turut hadir ialah Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM dan Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Johan Majlis Tilawah Al-Quran membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai berjumlah RM 5,000.00, pakej umrah sumbangan Andalusia Travel & Tours dan saguhati tunai pakej umrah bernilai RM 7,000.00. Manakala, Johan Majlis Menghafaz Al-Quran membawa pulang piala iringan, wang tunai berjumlah RM 5,000.00 dan pakej umrah sumbangan Andalusia Travel Tours.

Berikut adalah keputusan rasmi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1441H/2020M:

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

KATEGORI QARI:
Johan: Hj. Muadzeen Bin Ackil (87.5%)
Naib Johan: Muhammad 'Ammar Mukhlis Bin Abdul Mohsin (84.5%)
Tempat Ketiga: Hj. Mohamad Nor Bin Ahmad (77.5%)

KATEGORI QARIAH:
Johan: Lailasari Binti Sabran (81.5%)
Naib Johan: Khamariah Binti Yusof (81%)
Tempat Ketiga: Siti Nur Ashikin Binti Ahruman (79%)

 MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN

KATEGORI JUZUK 1-10 (LELAKI):
Johan: Abdul Mun'im Bin Ihyauddeen (97.80%)
Naib Johan: Shaheer Ramadhan Bin Mazlan (97.62%)
Tempat Ketiga: Muhammad Shahmy Dzulhelmy Bin Abdullah (97.19%)

KATEGORI JUZUK 1-10 (PEREMPUAN):
Johan: Zuha Binti Zahran (97.01%)
Naib Johan: Diyana Amreena Binti Amran (96.11%)
Tempat Ketiga: Saidatul Khadijah Binti Abdul Rahman (94.17%)

KATEGORI JUZUK 1-20 (LELAKI):
Johan: Haikal Firdaus Bin Mohd Jaafarudin (97.37%)
Naib Johan: Muhammad Fahmi Bin Bukhari (96.32%)
Tempat Ketiga: Muhammad Hafiz Bin Mohd Shafie (96.15%)

KATEGORI JUZUK 1-20 (PEREMPUAN):
Johan: Tasniim Salsabila Binti Fakhrol Radzi (94.67%)
Naib Johan: Nur'aini Binti Razali (91.95%)
Tempat Ketiga: Radhiah Binti Mohd Shafie (91.25%)

KATEGORI JUZUK 1-30 (LELAKI):
Johan: Firdaus Danial Bin Mohd Adnan (93.92%)
Naib Johan: Muhammad Faiz Iskandar Bin Mohd Safiee (93.69%)
Tempat Ketiga: Ahmad Syahid Bin Mohd Shafie (92.82%)

KATEGORI JUZUK 1-30 (PEREMPUAN):
Johan: Norhaafizah Binti Mohd Shafie (98.10%)
Naib Johan: Athirah Salihah Binti Al-Azmi (93.85%)
Tempat Ketiga: Nurul Nazihah Binti Jamaludin (91.55%)

Tahniah kepada semua pemenang dan jumpa lagi pada tahun hadapan.

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

            82639552 2857805004278326 1839705007373418496 o 82989381 2857804070945086 5264429629040492544 o

            83747386 2857718434286983 1558537288328151040 o 83682959 2857718630953630 234649989119213568 o

            82810727 2857802844278542 1442670469525274624 o

 

 


Cetak   Emel