05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1441H/2019M

 

MRWP1

15 November 2019 I 18 Rabiulawal 1441H (Jumaat) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pelbagai rakan strategik telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan pada 15 November 2019 (Jumaat), jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Di antara rakan strategik yang turut bekerjasama adalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Berita Harian (BH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan Malaysia, Galeri Ilmu, Telaga Biru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), TV Al Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Taqwa, dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW ini merupakan salah satu acara yang diadakan setiap tahun bagi menyeru masyarakat agar sama-sama mengambil pengiktibaran daripada peristiwa hari keputeraan junjungan besar Rasulullah SAW serta menzahirkan kesyukuran atas pengutusan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada sekalian alam.

Di samping itu, Majlis ini juga mempunyai mesej yang utama iaitu ; Menyeru masyarakat untuk bermuhasabah dan memperbetulkan amalan selari dengan maksud hari keputeraan serta sunnah Rasulullah SAW ; Membina kekuatan umat Islam melalui penyatuan akidah, pemikiran dan ideologi serta politik dalam menghadapi pelbagai cabaran dunia Islam masa kini ; Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada individu yang telah memainkan peranan penting dalam memperkasakan agenda Islam di Wilayah Persekutuan ; Sebagai galakan kepada umat Islam yang telah memberikan sumbangan bagi mempertingkatkan syiar Islam dalam pelbagai aspek kemahiran yang dimiliki serta ; Mengetengahkan tokoh-tokoh yang berwibawa dalam memperkembangkan dan menyemarakkan agenda Islam di Wilayah Persekutuan selaras dengan sirah baginda Nabi Muhammad SAW.

Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1441H/2019M telah dianugerahkan kepada Tuan Haji Mohd Roslan bin Mohd Saludin, manakala Tokoh Khas dianugerahkan kepada Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh dan Encik Eswaran A/L Subramaniam. Manakala Masjid Ar Rahimah Kg Pandan telah dianugerahkan Masjid Terbaik bagi Standard Penarafan Masjid Wilayah Persekutuan (SPMWP).

Di antara anugerah lain yang disampaikan adalah Anugerah Masjid dan Surau Terbaik, Anugerah Kategori Tahfiz, Kategori Rumah Kebajikan, Kategori Badan Bukan Kerajaan, dan Kategori Surau Sekolah.

Majlis perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW ini melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerajaan dan Swasta, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institusi Masjid/Surau, Sukarelawan/Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan Penduduk Setempat. Program pada kali ini turut mengundang penceramah selebriti iaitu Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi yang menyampaikan Ceramah Khas Maulidur Rasul SAW serta persembahan oleh kumpulan nasyid Ar Rayyan. Program ini menyasarkan kehadiran seramai 1,500 orang pengunjung.

MRWP2 MRWP3  
MRWP4 MRWP5  
MRWP6 MRWP7  
MRWP8 MRWP9  
MRWP10 MRWP11  
MRWP12 MRWP13  

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Cetak   Emel