05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS LATIHAN ASAS PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ (PPNCR) ORANG ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

 

17 OKTOBER 2019 – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan di pejabat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI.

Objektif program ini adalah untuk memberi maklumat dan pencerahan mengenai perkhidmatan dan penyampaian PPNCR dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pendedahan kursus secara teori dan amali telah diberikan sepanjang sehari kepada PPNCR lantikan baharu (Mesyuarat MAIWP kali ke 146 & 147). Turut hadir kursus ini adalah SS Timbalan Mufti WP, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan Imam Besar Masjid WP sebagai PPNCR lantikan baharu.

Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' WP, iaitu Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman dalam amanat yang disampaikannya mengingatkan PPNCR WP adalah wakil JAWI bertindak sebagai pemudahcara kepada masyarakat Islam di kariah masjid masing-masing untuk urusan nikah, cerai dan ruju' yang menepati peraturan dan syariat. Beliau mengharapkan para peserta dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel