05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KULIAH DHUHA PERDANA DI SURAU UTAMA ISTANA NEGARA

 

Kuliah Dhuha Perdana Di Surau Utama Istana Negara 
 

pic10

17 September 2019 I 17 Muharam 1441H (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Istana Negara melakar detik bermakna melalui penganjuran program Kuliah Dhuha Perdana pada 17 September 2019 (Selasa) jam 8.30 pagi di Surau Utama Istana Negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat pada majlis tersebut. Kuliah Dhuha telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Baginda berdua sebelum itu menunaikan Solat Sunat Dhuha bersama-sama jemaah lain yang hadir. Usai kuliah, baginda berdua berkenan menyempurnakan penyampaian ampun kurnia kepada 40 orang pelajar dalam kalangan asnaf. Baginda berdua turut meluangkan masa bersantap bersama 650 orang tetamu yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi serta masyarakat awam di Dewan Santapan.

Turut hadir pada program ini ialah Dato' Sri Syed Hussein Alhabshee, Pengerusi MAIWP, Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abd Aziz Jusuh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, dan  Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

pic6pic8 pic7pic9
pic4 pic3
pic2 pic5

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Cetak   Emel