05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM HEART TO HEART SIRI 3/2019

PROGRAM HEART TO HEART SIRI 3/2019

HTH 1 SIRI 3

30 Ogos 2019 (Jumaat) - JAWI Putrajaya melalui Cawangan Khidmat Pengurusan (CKP) telah mengadakan Program Heart to Heart Siri 3/2019 di Bilik Mesyuarat Utama Al-Farabi, JAWI Putrajaya.

Program Heart to Heart merupakan salah satu program JAWI Putrajaya yang dijalankan secara bersiri. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri warga kerja JAWI Putrajaya dan seterusnya membuat perubahan positif dalam meningkatkan prestasi diri dan mutu perkhidmatan.

Penceramah jemputan bagi siri ini adalah Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh daripada Humanitarian Care Malaysia (MyCare) yang menyampaikan ceramah bertajuk: “Merdekakah Kita?” sempena menyambut Bulan Kemerdekaan ke-62. Program ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang warga JAWI Putrajaya.

Program ini bertujuan bagi memberikan pengertian kemerdekaan dan mendengar perkongsian kisah disebalik penahanan Kapal Al-Awda sebagai tawanan tentera laut rejim Israel semasa Misi Flotilla ke GAZA pada tahun 2018.

HTH 5 SIRI 3 HTH 4 SIRI 3
HTH 3 SIRI 3 HTH 2 SIRI 3

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Cawangan Khidmat Pengurusan.

Teks oleh: Cawangan Khidmat Pengurusan. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel