05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PENCERAMAH PRAPERKAHWINAN ISLAM : DUTA KECIL JABATAN BERDASARKAN MBKPI VERSI 4

 

27-28 Ogos 2019M / 25-26 Zulhijjah 1440H (Selasa-Rabu) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah Berjaya mengadakan Kursus Asas Penceramah Praperkahwinan Islam berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 4 bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI.

Kursus tersebut telah disertai seramai 35 orang. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk melatih dan mempertingkatkan pengetahuan penceramah sedia ada dan bakal penceramah Kursus Praperkahwinan Islam dalam menyampaikan tajuk-tajuk dalam MBKPI versi 4. Selaras dengan matlamat Jabatan untuk melahirkan barisan penceramah yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat.

Kursus ini mengandungi 10 slot pengisian oleh master trainer yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam MBKPI versi 4. Bagi melayakkan peserta mendapat sijil tamat kursus, mereka perlu mengikuti setiap slot yang telah ditetapkan.

Majlis penutupan rasmi kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI). Dalam ucapan amanat, beliau menekankan bahawa penceramah praperkahwinan Islam mempunyai tanggungjawab besar sebagai duta kecil Jabatan dalam memberi pemahaman mengenai ilmu awal rumahtangga kepada masyarakat. Justeru, penceramah perlu sentiasa peka dengan permasalahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan supaya hasrat Jabatan dapat direalisasikan dengan jayanya.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel