05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-62

 

Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan Ke-62 
 
FOM 1

 

16 Ogos 2019 I 15 Zulhijjah 1440H (Jumaat) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 pada 16 Ogos 2019 (Jumaat), jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di hadapan Pintu Masuk Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Penganjuran majlis tersebut bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan warga Jabatan ini melalui konvoi pelbagai jenis kenderaan dengan membawa mesej kenegaraan melalui inisiatif menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang.

Selain itu, majlis ini juga bertujuan menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan Negara dan mensyukuri nikmat kemakmuran serta  keamanan Negara. Di antara pengisian program termasuklah Gimik Pelancaran ”Flag Off Konvoi Kemerdekaan” dan Sesi Penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan kepada wakil Kontinjen Mahrajan Amal Islami Mualaf Wilayah Persekutuan yang menyertai Program Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang pada 16 hingga 18 Ogos 2019.

FOM 2 FOM 3
FOM 4 FOM 5
FOM 6 FOM 7

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Cetak   Emel