Bubur Lambuk Air Tangan Permaisuri Agong
Bubur Lambuk Air Tangan Permaisuri Agong
18 Mei 2019 I 13 Ramadan 1440H (Sabtu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama rakan strategik telah mengadakan Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid Di Wilayah Persekutuan Tahun 2019M/1440H Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada hari ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan memasak sendiri resepi istimewa bubur lambuk serta mengagihkannya kepada wakil-wakil masjid dari setiap zon di Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Seri Syed Hussien Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIWP, YBhg. Datuk Abd Aziz Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru.
Disediakan Oleh: Unit Komunikasi Korporat
|