05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [AKTA 303] SIRI 1/2019

 

 

 

24 April 2019 / 18 Syaaban 1440H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 1/2019 bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Wilayah Persekutuan (PPNCR), kakitangan BPPK, wakil Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, wakil JAWI Cawangan Putrajaya dan juga para pegawai di bahagian-bahagian lain di JAWI.

 

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 bagi Siri 1/2019 telah disampaikan oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). YAA Dato’ Dr. telah mengupas dan menerangkan tentang seksyen 50A dan 51, Akta 303 iaitu tentang perceraian dengan li’an dan hidup semula sebagai suami isteri atau ruju‘.  YAA Dato’ Dr. turut menjawab pelbagai kemusykilan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju‘ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

 

Program ini memberi banyak ilmu dan manfaat kepada semua peserta yang hadir melalui kupasan yang mudah difahami dan jelas terhadap segala persoalan yang ditimbulkan berdasarkan hujah-hujah Syarak dan undang-undang yang berkuatkuasa. Program ini wajar diteruskan lagi pada masa hadapan demi meningkatkan lagi kefahaman para peserta tentang Akta 303 ini yang merupakan asas utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju‘ di Wilayah Persekutuan.

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)


Cetak   Emel