05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Al - Quran Di Hati

 
11

18 April 2019 - Masjid Nurul Islam Kg Desa Pahlawan telah mengadakan rombongan ke Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat Antarabangsa pada 17 April 2019 / 11 Syaaban 1440H (Malam ke 3). Seramai 30 orang Jemaah lelaki dan perempuan telah mengikuti rombongan tersebut yang diketuai oleh Ketua Imam Masjid Nurul Islam. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Islam Tuan Hj Mohd Adlan Bin Mohd Din. Program seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan masjid agar tidak hanya tertumpu di dalam kawasan masjid sahaja. Antara lain juga, program ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada anak kariah tentang betapa pentingnya Al-Quran itu sentiasa didampingi tidak hanya untuk dibaca dengan pelbagai tarannum, akan tetapi yang lebih penting ialah mentadabbur maknanya dan beramal dengan isi kandungannya dalam kehidupan seharian. Seramai 8 peserta daripada Qari dan Qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada malam ke 3 ini, dan salah seorang peserta adalah Qari dari Malaysia.

 

 

5 9
6 7
   
   

 

Disediakan oleh :

Pusat Pentadbiran Pusat Zon 3

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 
 
 

Cetak   Emel