05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pengurusan Jenazah Bersama Warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

 
kpjmahkamah1

12 April 2019 | 6 Syaaban 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (KPJ) bertempat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 12 April 2019 bersamaan hari Jumaat. Seramai lebih kurang 50 orang warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengikuti kursus tersebut. Kursus Pengurusan Jenazah yang bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan ceramah tatacara pengurusan jenazah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Ilham bin Che Daud.

Sesi amali dan praktikal telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Sharif bin Khairul Anuar, Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi, Ustazah Ruzeeta binti Saad & Ustazah Raisah binti Abu Bakar. Semoga perkongsian ilmu fardhu kifayah di hari Jumaat yang mulia ini menjadi asbab kebaikan untuk semua yang terlibat. Insya Allah.

kpjmahkamah kpjmahkamah2
 kpjmahkamah3  kphmahkamah4
   

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel