05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjung Hormat JAWI ke MACMA Perkukuh Hubungan Kerjasama Dua Hala

macma1

 

12 April 2019 | 6 Syaaban 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Pengurusan Saudara Baru (CPSB) telah menganjurkan lawatan kunjung hormat ke pejabat Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) di Petaling Jaya pada 12 April 2019. Rombongan diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Munir bin Md. Saleh, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi YBrs. Ustaz Mohamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah & Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah CPSB telah tiba sekitar jam 10.30 pagi dan telah disambut sendiri oleh Presiden MACMA, YBhg. Prof. Dr. Taufiq Yap Hun Hin.

YBhg. Prof. turut meluangkan masa menyampaikan taklimat ringkas berkaitan peranan, fungsi dan pengoperasian MACMA kepada semua ahli rombongan. Semoga kunjung hormat ini dapat mengeratkan silaturrahim serta memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara MACMA dan JAWI khususnya Cawangan Pengurusan Saudara Baru.

macma macma2

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel