05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi Bulan April 2019

 
IMG 20190412 WA0036

12 April 2019 (Jumaat) : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga JAWI bagi Bulan April 2019 bertempat Laman JAWI, Kompleks Pusat Islam yang diurusetiakan oleh Bahagian Penyelidikan JAWI. Majlis perhimpunan ini telah dihadiri lebih 240 orang kakitangan JAWI.

Majlis dimulakan dengan alunan lagu Asma Ul Husna seterusnya nyanyian lagu Malaysia Bersih, Lagu Wilayah Persekutuan, Lagu Korporat JAWI dan Lagu I Am JAWI,JAWI Is Me diiringi dengan kumpulan koir JAWI. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Kamarulzaman bin Mohd Noordin.

Seterusnya Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah JAWI Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail. Dalam ucapan beliau meminta supaya seluruh warga kerja JAWI mengaplikasikan  amanah dan integiriti dalam menunaikan tanggungjawab bersesuaian dengan moto JAWI iaitu “Sentiasa Dicontohi”. Beliau juga menegaskan agar warga JAWI melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan lebih proaktif, inklusif, kreatif bagi mengelakkan budaya kerja ‘working in silos’.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil Pegawai Contoh Bulanan bagi bulan Mac 2019 kepada pegawai JAWI yang terpilih.

IMG 20190412 WA0033 IMG 20190412 WA0021
IMG 20190412 WA0023 IMG 20190412 WA0026
IMG 20190412 WA0029 IMG 20190412 WA0030
IMG 20190412 WA0035 IMG 20190412 WA0019

 Disediakan oleh,

 Bahagian Penyelidikan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

Cetak   Emel