05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Tafaqquh Wanita Santuni Kaum Hawa KKKA Jalan Duta

 
tafaqquh643

9 April 2019 | 3 Syaaban 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Cawangan Tasawwur Islam dengan kerjasama Biro Helwa Surau al-Mizan telah berjaya menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita Siri 2/2019 pada 7 April 2019 (Ahad) bertempat di Surau al-Mizan, Kompleks Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Duta, Kuala Lumpur. Program kelas pengajian yang bermula pada jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh lebih 50 muslimat di KKKA Jalan Duta ini turut menampilkan Ustazah Nor Adibah binti Rozain, Juara Rancangan Daie Musim 2013 sebagai tenaga pengajar pada sesi kelas Tafaqquh Wanita kali ini. Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Cawangan Tasawwur Islam dengan kerjasama Biro Helwa Surau al-Mizan telah berjaya menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita Siri 2/2019 pada 7 April 2019 (Ahad) bertempat di Surau al-Mizan, Kompleks Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Duta, Kuala Lumpur. Program kelas pengajian yang bermula pada jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh lebih 50 muslimat di KKKA Jalan Duta ini turut menampilkan Ustazah Nor Adibah binti Rozain, Juara Rancangan Daie Musim 2013 sebagai tenaga pengajar pada sesi kelas Tafaqquh Wanita kali ini.

Di penghujung majlis, pihak JAWI melalui Ustaz Zakaria bin Mohammed selaku wakil Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang diterajui YBrs. Us. Mohamad Zakuwa bin Rodzali turut menyampaikan penghargaan kepada Pengerusi Surau al-Mizan, Cikgu Fadil di atas inisiatif dan usaha aktif pihak jawatankuasa surau dalam mengatur dan merangka aktiviti dakwah di kalangan komuniti KKKA Jalan Duta. Semoga usaha menyebarluas dakwah di kalangan masyarakat ini dapat diteruskan dan diperkuatkan lagi dengan kerjasama dua hala seumpama ini. Insya-Allah.

tafaqquh64 tafaqquh641
 tafaqquh642  tafaqquh644
   

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel