05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ISRAK DAN MIKRAJ 1 ANALISA

 

 
FPEI1

 

02 April 2019 (Selasa) – Masjid Nurul Islam Kg Desa Pahlawan telah mengadakan ceramah Khas sempena Israk Mikraj pada 02 April 2019 / 26 Rejab 1440H. Ceramah Khas tersebut diadakan selepas  solat fardu Maghrib. Masjid Nurul Islam telah menjemput Y.Bhg Ust Dr Mohd Sukki Othman (Pensyarah Kanan UPM) sebagai penceramah pada malam tersebut. Beliau telah mengupas tentang Israk & Mikraj dalam konteks yang luas untuk membuka minda masyarakat berkaitan dengan peristiwa tersebut. Di antara intipati ceramah Israk Mikraj pada malam itu, penceramah menekankan tiga aspek penting yang dapat diambil sebagai hikmah berlakunya Israk Mikraj. Pertama ialah kemantapan aqidah boleh dinilai melalui kepercayaan tentang kebenaran berlakunya peristiwa tersebut yang sekiranya difikir secara lojik akal sudah pasti tidak boleh diterima melainkan orang yang mempunyai akidah yang mantap. Kedua Tuan penceramah menekankan tentang pentingnya institusi masjid dalam memupuk nilai-nilai kemasyarakatan melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak pentadbir masjid dan yang terakhir melaului Israk Mikraj, kita dapat memahami tentang betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan seseorang muslim.

Dianggarkan seramai 400 jemah dari sekitar masjid dan anak kariah serta Jemaah yang telah menghadiri ceramah tersebut. Program tersebut juga turut dihadiri oleh Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan Pegawai-pegawai Masjid Nurul Islam.

 

FPEI2 FPEI3
FPEI4 FPEI5
   
   

Disediakan oleh :

Pusat Pentadbiran Pusat Zon 3

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

Cetak   Emel