05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PERMATA UPM Luang Masa Melawat Kompleks Darul Hidayah

 
permataupm1

4 April 2019 | 28 Rejab 1440H – Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur di bawah seliaan Cawangan Pengurusan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah berbesar hati menerima kunjungan dari Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia (PERMATA UPM) pada 2 April 2019 (Selasa). Seramai 40 orang ahli PERMATA UPM diketuai oleh Presidennya, Prof. Madya Dr. Asmawati binti Suhid telah tiba di Kompleks Darul Hidayah (KDH) seawal jam 9.30 pagi dan disambut oleh YBrs. Ustaz Muhamad Zakuwa Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI diiringi YBrs. Ustazah Maizura Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Saudara Baru. Delegasi rombongan telah dibawa melawat ke kawasan persekitaran kompleks termasuk ke kelas-kelas pengajian, rumah penginapan kelamin, surau dan asrama penghuni sebelum diberikan sedikit taklimat berkaitan peranan dan pengoperasian KDH khususnya melibatkan hal ehwal pengajian dan penempatan saudara baru. Semoga dengan kunjungan ini dapat mewujudkan kerjasama dua hala sekaligus menjadi manfaat bersama di antara kedua-dua belah pihak. 

permataupm permataupm2
 permataupm3  permataupm5
   

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

 


Cetak   Emel