05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Pelajari Teknik Ibadah Pesakit

kpip3

27 Mac 2019 | 20 Rejab 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam dengan kerjasama PPUM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit pada 25 Mac 2019 yang lalu bertempat di Dewan Sekapur Sirih, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Program telah mendapat sambutan yang hangat dengan hampir 100 orang pegawai dan kakitangan perubatan PPUM telah menyertai kursus tersebut. Atur cara kursus bermula pada pukul 8.30 pagi dimulakan dengan slot oleh pendakwah bebas, Ustaz Mohd Syaraf bin Bajuri yang telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Pengurusan Bersuci' dan 'Ibadah Solat Pesakit' pada slot seterusnya.

Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah pula diundang untuk mengendalikan sesi praktikal & amali pada sebelah petang. Program kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI diiringi Ustazah Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah Unit Kebajikan Islam yang juga bertindak selaku Penyelaras Program.

kpip kpip1
 kpip2  kpip4

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah



Cetak   Emel