05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Peringkat Asas Buka Tirai Tahun 2019

 
kifaasas1

21 Mac 2019 | 14 Rejab 1440H – Cawangan Pengurusan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah membuka tirai siri Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) untuk tahun 2019 pada 20 Mac 2019 (Rabu) bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul HIdayah Kuala Lumpur. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang telah dihadiri oleh seramai lebih 50 orang saudara baru yang majoritinya baru sahaja memeluk agama Islam.

Barisan penceramah yang dipanggil bagi mengisi slot-slot dalam KIFA pada kali ini merupakan personaliti-personaliti yang tidak asing lagi dan kesemua mereka adalah role-model di kalangan saudara baru di Malaysia antaranya ialah Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah dari PERKIM, Bro Shah Kirit dari Global Unity Network dan Bro Firdaus Wong Wai Hung dari Multiracial Reverted Muslims (MRM). Alhamdullillah, semua peserta telah memberikan kerjasama yang baik dan tidak berganjak sehingga selesai kursus. Semoga sambutan yang sama dapat diberikan pada siri-siri KIFA yang akan datang. Insya-Allah.

 

kifaasas kifaasas2
 kifaasas3  kifaasas4
   

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah



Cetak   Emel