05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Jejak Pesara JAWI Sampai ke Desa Pinggiran Putra

jejakpesarawansulaiman2

20 Mac 2019 | 13 Rejab 1440H – Alhamdulilah pada 19 Mac 2019 (Selasa) jam 10.00 pagi, Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah meneruskan lagi Program Jejak Pesara Siri 2 untuk tahun 2019 dengan menziarahi  seorang lagi pesara JAWI, Ustaz Wan Sulaiman Wan Ibrahim dan isteri yang juga merupakan pesara JAWI dan mantan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Ustazah Pauzaiyah binti Haron di rumah mereka di Desa Pinggiran Putra, Kajang. 

Ustaz Wan Sulaiman Wan Ibrahim pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Dakwah, JAWI dan isteri menyambut mesra rombongan dari JAWI diketuai Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Hj. Munir bin Md. Saleh diiringi Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid, Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim dan Ustazah Marriyani Mohamad selaku penyelaras program merangkap wakil kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah bersama lebih 12 orang kakitangan JAWI. Semoga kunjungan singkat ini dapat merapatkan semula hubungan ukhuwwah antara kakitangan JAWI dengan pesara-pesara JAWI di samping dapat beramah mesra dan bertanya khabar serta mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Insya-Allah.

jejakpesarawansulaiman jejakpesarawansulaiman1
 jejakpesarawansulaiman3  jejakpesarawansulaiman4
 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah



Cetak   Emel