05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Warga Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan Belajar Urus Jenazah Sebenar

 
kpjsyarif5

18 Mac 2019 | 11 Rejab 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Masjid As-Syarif, Taman Sg. Besi Indah, Seri Kembangan pada 17 Mac 2019 (Ahad). Program selama sehari ini telah menarik seramai lebih 70 orang ahli kariah untuk turut serta mengimarahkan kursus tersebut. Menariknya kursus pengurusan jenazah kali ini ialah ianya melibatkan pengurusan jenazah sebenar dan praktikal mengurus jenazah sebenar tersebut sehingga ke tanah perkuburan diakhiri dengan praktikal bacaan talkin.

YBrs. Ustaz Abdul Fatah bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah telah bertindak menyampaikan ceramah berkenaan teori pengurusan jenazah pada sesi pagi sebelum sesi praktikal dijalankan diketuai oleh Us. Mohd Sharif Khairul Anuar dibantu Us. Muhammad Shafiq Mohd Zaropi, Ust. Ruzeeta Saad dan Ust. Raisah Abu Bakar kesemuanya dari Cawangan Tasawwur Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

kpsyarif4 kpjsyarif1
 kpjsyarif2  kpjsyarif3
   

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah



Cetak   Emel