05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Anjur Program Santuni Penduduk PPR Seri Perlis 1

 
seriperlis5

18 Mac 2019 | 11 Rejab 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Tasawwur Islam telah berjaya menganjurkan Program Ziarah Dakwah & Silaturrahim Siri 1/2019 pada kali ini telah bertempat di Perumahan Awam Sri Perlis 1, Kg. Datuk Keramat pada Ahad, 10 Mac 2019 yang lalu. Program ini dianjurkan dengan kerjasama yang begitu baik dari jawatankuasa penduduk Perumahan Awam Seri Perlis 1 diketuai oleh Pengerusinya, En. Nor Azman bin Amat. Program selama setengah hari ini telah berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan penduduk di perumahan awam tersebut seramai lebih kurang 80 orang. Mereka telah disajikan dengan program berbentuk bual bicara berkaitan peranan jiran yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin, Pegawai Hal Ehwal Islam di DBKL dan Dato' Khalid bin Isa yang menyampaikan ceramah berkaitan peranan keibubapaan yang berkesan.

Semua penduduk turut menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian. Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah diiringi pegawai penyelaras program, Ustaz Afnan bin Abdul Rahman. Seramai 10 orang urus setia dari Bahagjan Pengurusan Dakwah telah turut serta menjayakan program berkenaan.

 

seriperlis seriperlis1
 seriperlis2  seriperlis3
 seriperlis4 seriperlis6

 

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah



Cetak   Emel