05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kesedaran “Cpr” & Panduan Ibadah Pesakit @Masjid Al-Imam Ash-Shafie

 
1

10 Mac 2019 / 3 Rejab 1440 (AHAD)- Masjid Al-Imam Ash-Shafie  MAIAS  Taman Maluri Kuala Lumpur telah mengadakan Program Kesedaran “CPR” & Panduan Ibadah Pesakit dengan kerjasama Hospital Pakar Al Islam Specialist Hospital Kampung Baru. Program ini bermula seawal  jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri dengan ucap utama disampaikan oleh YBhg Dr Ishak bin Mas’ud (Pengarah Hospital Pakar Al-Islam)

Antara objektif kursus ini dianjurkan adalah bertujuan memberikan ilmu dan pendedahan kepada anak kariah berkaitan cara pesakit untuk menunaikan ibadah ketika sakit dan uzur. Program yang dianjurkan ini juga mengandungi modul teori dan amali berhubung cara untuk menyelamat orang ketika kecemasan.Seramai 75 orang peserta yang hadir untuk program terserbut.

Hadir sama memeriahkan program YBhg Tuan Haji Mohamed Nor bin Ibrahim (Pengerusi MAIAS), YBhg Ustaz Mohd Rashidi bin Mohd Jamil Penyelaras Pejabat Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI,jawatankuasa,pegawai dan  kakitangan MAIAS.

1ab 1ck
   

 

Disediakan oleh:
Pusat Zon 3,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI)

 

 


Cetak   Emel